SELAMAT DATANG DI BLOG 11

Sabtu, 24 Maret 2012

Tokoh Astronomer Islam

 

nama: Abdallah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan al-Battani al-Harrani
Gelaran: al-Battani atau Albategnius(gelaran Barat)
Kelahiran : Lahir pada 858 Masihi di Harran dan meninggal pada 929 Masihi di Qasr al-Jiss
Kepakaran: Bidang Astronomi


Pada peringkat awalnya, beliau telah dididik oleh bapanya yang merupakan ahli sains. Beliau berasal daripada sebuah puak, iaitu Puak Sabina, yang mengamalkan penyembahan bintang-bintang langit.Walaupun berasal daripada puak ini, al-Battani tidak seperti mereka, kerana al-Battani menyedari siapakah Tuhan Yang Maha Esa yang menciptakan bintang-bintang tersebut.

Ketokohan beliau juga diakui ramai ahli sains barat kerana beliau didapati berupaya menjelaskan konsep-konsep cakerawala dan pergerakannya dengan lebih tepat berbanding ahli sains Renaissance, termasuk ahli astronomi Ptolemy.

Antara hasil kejian al-Battani ialah:

· Mengenal pasti 489 bintang.

· Menyatakan bahawa nilai masa untuk setahun ialah 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat, beserta dengan musim-musimnya.

· Mengenal pasti ketepatan darjah ekuinoks dan darjah gelinciran gerhana.

· Menunjukkan jarak Matahari dan Bumi.
Buku karya al-Battani

Salah satu kelainan al-Battani ialah beliau menggunakan kaedah tigonometri berbanding kaedah geometri untuk mengira.

Alatan astronomi Islam-Astrolabe

Hasil karya beliau banyak dirujuk oleh ahli Sains bukan Islam yang terkenal. Antaranya ialah Tycho Brahe, Kepler, Galileo dan Copernicus
Antara ahli sains atronomi Barat pada zaman Renaissance:
Galileo dan Copernicus



Tidak ada komentar:

Posting Komentar